top of page

Wrapping Up 2020 - Episode 2. By Musa!

1. Kobe Bryant Lagenda Bola Keranjang Amerika & Lakers Meninggal Dunia


Pada 26 Januari 2020, peminat2 bola keranjang dikejutkan dengan berita tergempar berkaitan dengan kemalangan helikopter yang telah mengorbankan bintang bola kerajang Amerika dan Pasukan NBA Lakers, Kobe Bryant dan anak beliau Gianna.

Turut terkorban bersama mereka adalah rakan sepasukan bola keranjang Gianna, Alyssa dan ibu bapa beliau Keri dan John. Pambantu jurulatih Christina Mauser, Payton Chester dan ibu beliau Sarah dan Juruterbang Ara Zobayan.


Fuhh…. Sedih. Terima kasih Kobe Bryant.


Sepanjang hidup Kobe Bryant, beliau telah mencapai kejayaan seperti berikut:

- 5 kali juara NBA

- 2 kali MVP NBA Finals

- 18 kali tersenarai dan dipilih dalam NBA All Stars.

- 4 kali All Star Game MVP


Kobe Bryant bukan sahaja meninggalkan legasi beliau di arena bola keranjang. Malah disebalik kejayaan beliau dalam arena sukan, beliau telah meninggalkan harta warisan sebanyak USD$ 600 juta kepada isteri dan anak2 beliau.

Begitulah pemergian seorang “legend” bagi peminat2 bola keranjang diseluruh dunia. Namun, semangat dan impak positif yang ditunjukkan oleh beliau pastinya terpahat dihati setiap peminat dan atlet2 bola keranjang.




2. Kejatuhan Pakatan Harapan Februari 2020


Kena berhati2 sikit kalau nak cerita pasal peristiwa ni. Nanti kena viral pulak.


Ok. Rakyat dikejutkan dengan berita Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM. Agak drama jugak la. Meeting sana sini, pastu tak ngam pulak.

Salahkan Anwar, pastu ada pulak meeting kat Sheraton, ada pulak geng2 meeting kat Janda Baik. Hahahaha…. Pastu tetiba Tun M jadi PM interim balik. Lepas tu drama lagi. Nak compete ler tu. Tengok siapa dapat sokongan ramai untuk terus berkuasa.


Ting tong ting tong….. Ok. Tetiba Tan Sri Muhyiddin Yassin…… jadi PM kita yang baru.


Kenapa Kerajaan PH begitu lemah? Hmmm…. Manifesto yang terlalu idealistik dan gagal memenuhi janji2 dalam manifesto. Bukan kitab suci kononnya…. Amboi.. Pergelutan kuasa antar Tun M dan Datuk Seri Anwar, perpecahan PKR. Azmin vs Anwar. DAP yang tak habis2 cakap2 pasal 1MDB tapi tak settle2 lagi. Pening…. Hahahaha…


Ok. Malas nak cerita banyak2 pasal ni. Ada yang kecewa dan sedih dengan peralihan kuasa ini. Ada yang gembira. Ok. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.



3. Anwar “ I HAVE THE NUMBERS”


Pada 23 September…….. Anwar cakap “I have the numbers.” “ The support I have is conclusive. I’m not talking about four, five or six, I’m talking about much more than that”…. Fuh… Nampak gaya macam on je. “Strong, Formidable and convincing” dia tambah.


Tindakan Dato Seri Anwar sekali lagi membawa tekanan kepada suasana politik di Malaysia. Tapi secara jujurnya bagi aku, okla. Kau ada nombor. Kau pergilah….. aku kat sini nak focus kerja cari duit lebih.

Nampaknya Dato Seri Anwar masih lagi tak putus asa nak jadi PM Malaysia.


Ok. Cukuplah Drama politik ni tak habis2 lagi sepanjang tahun 2020. Boring… Dato Noor Hisham hari2 ada numbers. Yang tu lagilah “Strong and Formidable”




4. FILEM “ BABI” NAMEWEE Buat Hal Lagi….


Ok. Siapa tak kenal Namewee? Rapper dan pengarah filem kontroversi Malaysia ini sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa apabila filem terbarunya “BABI” telah penamaan untuk anugerah-anugerah di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan Taiwan’s Golden Horse Award.


Power….. memang power. Anak Malaysia ini memang sangat berbakat. Namun, filem terbarunya, “BABI” sekali lagi mencetus kontroversi di Malaysia. Dan terus kena ban. Takleh tengok wayang ni kat Malaysia. Wayang2 racist takleh tunjuk kat Malaysia. Ini merupakan wayang yang kedua beliau yang kena banned selepas filem “Banglasia” pada tahun 2014.


Hari ni, trailer filem “Babi” di YouTube dah mencapai 629 ribu view Music video filem ni “HAPPY FAMILY sudah mencapai 980 ribu view. Okay. Bagi aku filem ni ok je. Takde apa2 masalah. Tapi ok ke tak ok itu terpulang kepada diri-sendiri.

Tapi ni bukanlah 1st time dia timbulkan kontroversi kat Malaysia. 1st time kalau tak silap tahun 2007 kot. Bila dia buat lagu rap yang bertajuk “NEGARAKUKU”

Ok.. apa comment anda terhadap filem “BABI” ni?









3 views0 comments
bottom of page