top of page

Wrapping Up 2020 - Episode 1. By Wan!

1. Depressed and Lonely at home.


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.


Satu hal lagi ialah kebosanan,

Walaupun kebosanan bukanlah kemurungan, pengalaman kebosanan bukanlah sesuatu yang remeh. Sebenarnya, kebosanan adalah pengalaman psikologi yang boleh menimbulkan masalah, yang patut mendapat perhatian kita.


Bersama di rumah dan pangsapuri, kami telah dilucuti dari rutin dan struktur seharian kami. Dan tanpa gangguan, kita dibiarkan merasa kurang stimulasi. Inilah keadaan keinginan gelisah untuk melakukan sesuatu, tanpa cara untuk mencapai matlamat itu, adalah intipati kebosanan.




2- The Rise of Stock Market.


Tahun paling paling menyeramkan untuk pasaran kewangan


Pada tahun 2020, pasaran berpisah dari ekonomi sebenar. Masyarakat yang memiliki banyak stok untung, sementara orang yang kehilangan pekerjaan kerana coronavirus menghadapi masalah keuangan.


Saham syarikat yang berkait dengan telekomunikasi, online shopping, streaming, kesihatan naik tinggi, manakala yang berkait makanan, travel, REIT menurun.




3- Work from Home.


Telecommuting, atau work from home, bukanlah sesuatu yang baru. Namun, Covid-19 merupakan tipping point, iaitu pencetus kepada implementasinya kepada masyarakat umum.


Beberapa aspect yang kita dapat ulas di sini iaitu:


- Pengurusan rumah tangga apabila ada anak semasa bekerja

- Ruang dan peralatan computer + wifi yang cukup di rumah untuk semua ahli keluarga untuk bekerja/belajar dengan selesa

- “waktu bekerja” yang menjadi lebih kabur apabila setiap masa pun kita di rumah, sambil bekerja

- Impak kepada industri pejabat dan ekonomi setempat di pejabat tersebut seperti parkir, makanan, membeli belah

- Impak kepada penggunaan kenderaan, pengangkutan awam dan trafik jalan raya

- Tempat tinggal kini tidak begitu memberikan peranan penting kerana sudah tidak perlu menghabiskan waktu ke tempat kerja




4- Donald Trump (the crying baby)


Pilihanraya presiden amerika syarikat telah diadakan pada 3 November 2020. Joe Biden, mantan naib presiden USA menang pilihan raya tersebut.


Donald Trump rasa bahawa dia yang menang, kerana pru kali ini, terdapat banyak absentee ballot, iaitu mengundi melalui pos. kerana undian pos itu perlu pengesahan tambahan, masa yang diperuntukkan lebih lama dari pru yang biasanya


Donald Trump beranggapan dirinya menang kerana undian pos itu luput kerana menambil masa terlalu lama dikira, dan juga membuat tuduhan Parti Demokratik telah mengisi banyak undian palsu, menggunakan software yang dimanipulasi untuk manfaat parti demokratik, dan banyak lagi tuduhan lain.


Semua jentera kerajaan telahpun dikerahkan untuk membuktikan voter fraud ini, tetapi tiada satu pun yang terbukti di mahkamah.


Namun demikian, kerana presiden Trump mempunyai banyak pengikut setia, ramai yang masih percaya akan tuduhan tersebut. Sang presiden di laman Twitter beliau setiap hari mengulangi tuduhan yang sama dan tidak berasas bukti kukuh


Sesetengah pihak media dan ahli politik konservatif yang biasanya menyokong presiden Trump juga kemudian mengakui Biden menang, jadi sekarang kita hanya perlu tunggu tidak sampai sebulan sebelum Biden menangkat sumpah menjadi Presiden AS




5- M1 Chip (Other apple product)


Berita tergempar dalam dunia komputer tahun ini ialah chip M1.


Chip M1 menggantikan intel di beberapa laptop Apple, dan ianya dikagumi ramai, kerana prestasinya yang mengalahkan malah laptop2 flagship dan mahal dari brand lain dan mengalahkan laptop Apple yang lebih jauh tinggi harganya yang menggunakan intel, tanpa haba dan senyap.


Harga laptop dengan M1 pula sekarang lebih murah, kerana Apple tidak perlu lagi membeli chip dari pihak luar, kerana semuanya sekarang adalah dari produksi syarikat sendiri.


Memandangkan M1 adalah generasi pertama chip laptop/desktop Apple dan ianya berfungsi dengan sangat baik, generasi seterusnya M2 dijangka boleh melangkau jauh semua PC di pasaran, dan akan dinantikan masyarakat dengan lebih hangat




2 views0 comments
bottom of page