top of page

Rawatan dan penyakit apa yang insurance tak cover dalam Medical card?!

Korang tau tak bukan semua penyakit atau rawatan insurance company boleh cover tau! Mungkin kebanyakan korang semua dah tahu yang wujudnya beberapa jenis penyakit yang tidak dilindungi insurans kesihatan, atas sebab-sebab yang tertentu.

Ok ada beberapa jenis penyakit dan rawatan yang bukan sahaja AIA tak cover, tapi SEMUA insurance company tak cover.

Yang pertama adalah Procedure Kosmetik.

Insurance medical card korang tu mungkin tidak akan sesekali cover kos perubatan untuk korang melakukan sebarang procesure kosmetik.

Prosedur ini termasuklah pembedahan kosmetik atau plastik, rawatan gigi, rawatan mata (Lasik atau Radial keratotomy), berkhatan alat sulit dan sebarang prosedur aspek luaran anda. Tapi ada kecualian! Ia boleh dipertimbangkan jika disebabkan oleh kemalangan (accident) ataupun disebabkan oleh penyakit macam cancer.


Pelanggaran Undang-undang.

Jika korang mengalami sebarang masalah kesihatan angkara perkara yang melanggar undang-undang, memang insurance tak akan bayar. Sebagai contoh yang ketara, korang mengalami sebarang penyakit akibat penyalahgunaan dadah atau secara sengaja melibatkan diri dalam kemalangan jalan raya.


Yang Ketiga adalah Pregnancy atau Childbirth.

Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum. Kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau Sterilisation.


Keempat adalah Penyakit Mental

Malangnya, di Malaysia belum lagi cover kemasukkan ke hospital yang disebabkan oleh mental illness. Tetapi dengan AIA, kami ada cover Psychiatrist Consultation fees untuk penyakit macam Major Depressive Disorder, Bipolar Disorder, Schizorpherenia dan lain-lain lagi di bawah Health Wallet benefit.

*Health wallet picture*

5. Penyakit sedia ada atau Pre-Existing illness.

Dari apa yang saya terangkan tentang jenis penyakit dan rawatan yang insurance company tak cover, semua nya betul. Tetapi itu secara general. Kalau individu yang mengambil medical card ini ada penyakit sedia ada, seperti Cancer (walaupun sudah recover 3-5 tahun), penyakit-penyakit kronik (mungkin boleh di-reject oleh company), Diabetes, Cholestrol, Darah tinggi, jika tulang pernah patah dan ada

masukkan besi, dan lain-lain lagi. Bukan semua penyakit sedia ada tidak akan dicover, perlu tengok case by case. Tetapi kebanyakkan nya memang tidak boleh ambil pon medical card. Tetapi kalau individu itu sudah ambil medical card, dan selepas 2-3 tahun, diagnosed oleh apa-apa penyakit, tak ada masalah untuk medical card tersebut untuk terus cover.

Ada juga insurance company mengeluarkan Exclusion, atau Pengecualian.

Maksud nya, client tersebut boleh mengambil medical card, tetapi penyakit sedia ada itu tidak di cover.

Contoh: Encik ABC pernah patang tulang bahu nya pada 2015 dan pada tahun 2017, apply untuk medical card baharu. Insurance company mengeluarkan Exclusion yang mengatakan bahawa bahu tersebut tidak dicover. Jadi jikalau client ABC ada komplikasi berkenaan bahu tersebut dan perlukan surgery, tidak boleh claim dengan insurance company.


434 views0 comments
bottom of page