top of page

Pengalaman saya dalam medical claim

Nama saya Alif Danial, daripada Insurance Guys!! Harini saya nak bercerita sedikit tentang experience saya mengendalikan claim selama 3 tahun saya dalam industry ni. Apa itu ‘insurance claim’? Kena faham ye, ada pelbagai jenis claim yang boleh di buat kepada insurance company ataupon takaful. Medical claim terdiri daripada claim hospital (boleh guna GL), rawatan susulan (selalu nya rawatan selepas keluar hospital), dialisis, khemoterapi, claim accidental, dan lain-lain lagi.

Death claim pula agak straightforward, jika client meninggal dunia, keluarga si mati akan meminta duit pampasan daripada insurance company jika si mati ada policy Hibah ataupun Life policy. Claim penyakit kritikal boleh dibuat jika client sudah di diagnosis oleh doctor bahawa client itu ada penyakit kritikal. Sebagai contoh, Cancer, Heart attack, kidney dialisis dan banyak lagi. Ok cukup untuk penjelasan ringkas tentang jenis-jenis claim. Sekarang saya nak cerita sedikit pengalaman saya buat claim untuk client saya. Saya ada beberapa medical claim, tapi 2 claim ni saya ingat sampai harini. Client saya ni ambil medical card bila saya baru je start dalam industry ni, jadi dalam 3 tahun lepas.

Awal tahun ni, 2021, dia call saya dan beritahu dia ditimpa kemalangan, dan sekarang dekat hospital, baru sedar. Disebabkan dia tak sedar diri, jadi ambulance bawa dia teros ke Hospital Kerajaan untuk dapatkan rawatan kecemasan. Client saya juga tidak memberitahu ahli keluarga dia yang dia ada medical card. Jadi bila dia sedar baru dia boleh beritahu kepada pihak hospital untuk membuat pertukaran ke Hospital Swasta. Dia cuma ada cedera kepala sedikit (kerana hentakan) dan tangannya patah. Tidak beberapa serious. Policy medical card cover bil rawatan nya di hospital sepenuhnya. Sebanyak 20,000 ringgit. Dan rawatan susulan nya untuk fisioterapi dan buang jahitan tempat pembedahan juga berjaya claim.

Case kedua saya adalah kemasukan client saya yang belum umur 1 lagi. Ibu kepada client baby saya ini call saya untuk beritahu bahawa baby dia sudah demam untuk beberapa hari, dan masih belom susut lagi. Jadi saya menasihatkan untuk pergi sahaja ke hospital untuk dapatkan rawatan. Alhamdulillah kemasukan pertama client baby saya tiada masalah besar. Tetapi selang 1 minggu selepas discharge dari hospital, client baby saya kembali demam. Saya pon risau, jadi saya suruh sahaja client baby saya untuk pergi sekali lagi ke hospital untuk dapatkan rawatan, jangan tunggu. Doctor diagnoskan client baby saya diarrhea. Baby yang umur kurang dari 5 tahun memang akan mengalami pelbagai penyakit, sebab imuniti badan belom lagi kuat untuk melawan kebanyakan penyakit. Jadi saya meminta untuk semua ibu-ibu yang sedang hamil untuk mengambil sekurang-kurangnya plan medical card untuk anak mereka. Alright, itu sahaja daripada saya. Ada claim lain yang saya mengendali, tetapi kebanyakan nya adalah claim medical yang biasa-biasa sahaja. Jika korang semua ada masalah untuk buat claim, atau ingin bertanya tentang apa-apa policy, boleh call atau whatsapp saya di nombor yang tertera di bawah.

Terima Kasih, Assalamualaikum semua bye bye





42 views0 comments
bottom of page