Kenapa Diabetic tidak boleh ambik medical card?
Updated: Feb 21, 2022
Secara ringkasnya, seseorang yang mempunyai Diabetes, tidak mendapat menghasilkan insulin secara normal. Lagi-lagi yang sudah mengambil insulin cucuk.
Dan ada 2 jenis Diabetes.
Type 1 (Juvenile) diabetes, pancreas sudah tidak dapat menghasilkan insulin.
Type 2 (Adult) diabetes, pancreas masih berfungsi secara biasa, tetapi mungkin disebab kan oleh lifestyle dan juga diet, pancreas ni dah penat untuk menghasilkan insulin, dan sedikit-demi sedikit, akan hilang fungsi menghasilkan insulin untuk badan. Anda mesti tahu apa fungsi insulin untuk badan kita kan? Untuk yang tak tahu, tak ape, saya terangkan.
Fungsi utama insulin adalah untuk pengawalan keseimbangan tahap glucose/glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glucose oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin (Type 1), atau jumlah insulin yang tidak mencukupi (Type 2) akan menyebabkan glucose tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan.
Oleh sebab itu, glucose meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal sebagai diabetes melitus. Jika Type 2 diabetes tidak dikawal, dengan permakanan kita, ia boleh mengakibatkan masalah jangka masa panjang seperti Kegagalan buah pinggang, hilang kelihatan, amputasi (potong kaki) dan juga kematian.
Dah boleh nampak sikit kan kenapa orang diabetic ni akan bawak banyak masalah kesihatan lain tetapi still related.
Ok ok dah faham apa diabetes tu kan? Alright soalan paling besar perlu di jawap.
Sebagai Life Planner, saya berjumpa banyak client yang sudah ada diabetes yang tidak berjaya untuk mengambil medical card yang baharu sebabkan penyakit sedia-ada. Insurance company pon ada menulis di dalam contract bahawa mereka tidak akan cover penyakit sedia-ada (PRE-EXISTING ILLNESS). Tidak kisah kita declare dalam application ataupun tidak.
Eh kalau mcm tu, boleh lah kan ambik medical card, walaupun tak cover diabetes? Tetapi! Bagi pandangan Insurance Company, risiko yang dibawa oleh diabetic adalah tinggi. Dan kemungkinan mendapat penyakit lain amatlah tinggi. Diabetes boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang lain. Organ, kaki tangan, penglihatan, pendengaran dan lain lain lagi. Untuk AIA, seseorang yang sudah ada diabetes hanya boleh ambil A-LIFE CANCER 360 dan PERSONAL ACCIDENTAL (Flex PA, Twin PA) insurance. Untuk medical card, maaf, memang tak boleh.
Tetapi saya sebagai Agent, akan bagi pilihan luar dari company saya. 1. Allianz Diabetic Essential 2. MSIG Gluco Safeguard Insurance 3. PRUMy Diabetes Care Saya tidak pasti atas kandungan atau detail-detail atas policy tersebut, tetapi dari segi coverage, mereka boleh di ambil oleh orang yang sudah ada diabetes. Mungkin mereka akan ada EXCLUSION, maksudnya tidak cover Diabetes related penyakit. Mungkin akan ada LOADING, bermaksud, premium nya akan lebih mahal dari medical card biasa. Dalam 100-200% lebih mahal.
Dan mungkin bila membuat application itu, akan ada pelbagai requirements. Macam medical examination, blood test, urine test, medical history, dan lain-lain. Dan jika mereka dapati anda ada penyakit lain dari diabetes, kemungkinan besar application anda akan di-reject.
Saya harap ini dapat membantu anda semua faham sedikit sebanyak kenapa bila sudah dapat diabetes, dan mahu membeli medical card, tidak berjaya. Tetapi saya juga perlu beritahu anda semua. Sebagai contoh, anda ambil medical card pada usia 25 tahun. Dan bila umur mencecah 45 tahun, ada di-diagnose mendapat diabetes.
Dengan AIA, anda akan still dapat perlindungan yang sama seperti policy anda. Jangan risau. Cuma kalau nak ambil medical card yang baru sahaja, tidak akan berjaya. Ok ini sahaja penerangan dan opinion saya kenapa insurance company selalu nya tidak menerima sesiapa yang sudah ada diabetes. Terima Kasih. Dan Jaga SOP! BYE!