HIBAH atau MEDICAL CARD?!
Updated: Dec 13, 2021
MANA SATU YG NAK AMBIL DULU?! MANA YANG LAGI PENTING?! Ramai yang tanya saya, medical card atau hibah, mana satu yang perlu ambil dulu? Ia berbeza untuk semua orang. Jadi kita perlu nilai apa fungsi orang yang dilindungi dalam sesebuah keluarga. Sebelum itu, fahamkan dulu fungsi kedua-dua produk ini:
1. Hibah Hibah adalah hadiah atau pemberian kepada seseorang. Hak milik hibah adalah mutlak dan tak boleh dilawan. Dalam aspek takaful, hibah adalah pemberian setelah seseorang itu meninggal dunia kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki (biasanya kepada isteri dan anak-anak). Hibah hanya layak diperoleh apabila orang yang dilindungi meninggal dunia atau hilang upaya kekal menyeluruh (Boleh ditambah dengan polisi penyakit kritikal). Hibah tidak akan menanggung kos rawatan di hospital. Haa sekarang kita cakap tentang medical pula!
2. Medical card

Medical card pula adalah jaminan rawatan yang ditanggung oleh insurance atau takaful jika orang yang dilindungi ditimpa sakit. Medical card tidak akan melindungi seseorang jika meninggal dunia atau mengalami hilang upaya. Ia hanya menanggung kos rawatan dan lain-lain kos berkaitan.
Bapa Kebanyakkan keluarga, bapa adalah pencari nafkah utama. Produk yang paling penting bagi ketua keluarga adalah hibah. Kenapa? Hibah boleh menggantikan pendapatan keluarga jika sesuatu musibah berlaku kepada ketua keluarga. Medical card bukan tak penting, tapi ada pilihan untuk rawatan di hospital kerajaan. Tapi jika mampu, ambil lah kedua-dua hibah dan medical card. Rule of Thumb yang saya selalu guna adalah untuk ambil adalah 10 ke 15 tahun annual income. Sebagai contoh, kalau income bapa adalah RM 60,000 setahun, jadi perlu kan sekurang-kurang nya RM 600,000. Angka ini tidak termasuk jika keluarga itu ada apa-apa hutang yang perlu di selesai kan.
Ibu Jika ibu yang bekerja mencari nafkah, hibah adalah produk yang penting. Tetapi kebanyakkan perempuan biasanya jarang nak tinggalkan duit kepada suami. Rasanya ramai yang faham kenapa kan?? Wanita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berbanding lelaki, maka medical card adalah penting kepada wanita. Jadi ambil lah perlindungan medical yang besar, dan saya sarankan untuk ambil policy penyakit kritikal juga.
Anak-anak Kanak-kanak lebih memerlukan medical card berbanding hibah. Haa ini penting untuk semua ibubapa dengar. Kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk diserang pelbagai penyakit dan eksiden. Produk hibah tidak beberapa penting kerana ibubapa masih boleh meneruskan kehidupan (dari aspek kewangan) jika anak-anak meninggal dunia.
Kesimpulannya, kalau nak ambik insurance atau takaful, call je saya.