Perbezaan antara Faraid dan Hibah
Faraid Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syara', faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam.

Ok sekarang kita dah tahu apa itu maksud Faraid, sekarang kita tengok jenis-jenis harta yang selalu nya di Faraid kan: 1. Tanah 2. Bangunan (Rumah). 3. Barang Kemas (Emas, perak, dll). 4. Insurance dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll. Apa ‘criteria’ untuk Faraid (Rukun). 1. Ada Yang Mati – jika tiada yang meninggal, pembahagian secara Faraid ini tidak berfungsi kerana tidak cukup syarat. Kematian melibatkan ibu, bapa, isteri dan anak-anak lainnya. 2. Ada Harta – si mati yang meninggal dunia wajib mempunyai harta kerana jika tiada harta, tiada apa yang boleh dibahagikan. Maka, faraid tidak boleh dilaksanakan. 3. Ada Waris – Jika seseorang itu sewaktu meninggal adalah yatim piatu dan tiada waris, tidak diwajibkan faraid. Ianya hanya terpakai untuk mereka yang mempunyai waris sahaja. Kata kan lah, si mati tiada waris untuk mewarisi harta-harta beliau, bagaimana? Jika tiada waris, harta si mati akan diserahkan kepada Baitul Mal iaitu sebuah institusi Islam.
Ok saya bagi situasi yang senang dekat korang. Encik Abu meninggal dunia dan tidak meninggal kan apa-apa wahsiat. Encik Abu mempunyai seorang isteri, 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ibu bapa Encik Abu juga masih hidup dan sihat. Harta Pusaka Encik Abu adalah RM 1 juta. Jadi harta-harta Encik Abu akan di Faraid kan bergini: Isteri - 1/8 (12%) (RM 125k) Anak Lelaki No. 1 - 13/60 (21%)(RM 217k)
Anak Lelaki No. 2 - 13/60 (21%)(RM 217k)
Anak Perempuan - 13/120 (10%)(RM 108k)
Bapa Abu - 1/6 (16%)(RM 167k) Ibu Abu - 1/6 (16%)(RM 167) Kiraannya sebegitu. Banyak lagi sebenar nya situasi nya.Tapi kalau nak terangkan semua, tak cukup masa untuk terangkan topic seterusnya.
Hibah Tadi saya ada menyebut kan tentang insurance kan? Macam kamu semua tahu, saya dalam industry insurance takaful. Banyak client saya yang bertanya kepada saya, bagaimana nak tinggal kan sebuah jumlah wang tanpa mengikut Faraid… jawapan nya adalah Hibah! Maksud Hibah adalah Hadiah (wang tunai atau harta).

Hibah Bersyarat Hadiah (wang tunai atau harta) yang akan diberikan secara mutlak selepas berlakunya kematian kepada pemberi hadiah.
Takaful Satu Skim Insurans berlandaskan prinsip Islam dengan menggunakan konsep tabung derma. Contoh : A, B, C dan D menderma didalam satu tabung sebanyak RM1,000 seorang. Maka, didalam tabung terdapat RM4,000. Jika berlaku musibah kepada A, sejumlah Nilai Pampasan (contohnya RM3,000) akan dikeluarkan untuk membantu A. Hibah Takaful Pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful. Contoh : Merujuk kepada contoh sebelum. Semasa mendaftar Takaful, A telah menetapkan bahawa Pampasan Takaful akan diberikan kepada Waris. Setelah berlaku kematian (musibah) kepada A, Maka, Nilai Pampasan (RM3,000) akan diterima mutlak kepada Waris.
Apa dia Kepentingan dan Kelebihan Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful?
● Paling penting, apabila berlaku kematian, segala aset akan dibekukan kecuali Pelan Takaful. Maka, segala Pampasan Takaful boleh diterima dengan cepat tanpa sebarang tangguhan.
● Boleh digunakan untuk menguruskan proses pencairan harta Wasiat dan Faraid.
● Boleh digunakan sebagai harta sementara sebelum harta-harta lain yang melalui Wasiat dan Faraid boleh diterima.
● Menyelesaikan perbelanjaan keluarga untuk beberapa tempoh.
● Segala hutang tertunggak boleh diuruskan keluarga dengan mudah dan pantas.
● Penama adalah penerima mutlak.
● Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja tidak kira ahli faraid atau bukan.
● Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid.
● Hibah tidak boleh dipertikai. Maka ia boleh mengelakkan daripada konflik keluarga seperti perebutan pampasan.