top of page

AIA membayar rawatan Covid 19 anda terlebih dahulu

Updated: Nov 30, 2021

Topic yang saya nak beritahu hari ini adalah PANAS dari AIA. Bende panas kena bagi tau awal-awal !!


Pada 13 September 2021, AIA mengeluarkan berita bahawa, kemasukkan ke hospital swasta yang disebabkan oleh Covid-19, boleh diluluskan secara Surat Jaminan atau dikenali sebagai ‘GL’.


Untuk yang tidak tahu tentang ‘GL’, saya akan terangkan sedikit. ‘Guarantee Letter’ atau surat jaminan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada hospital yang mengesahkan bahawa kos rawatan untuk pesakit akan dijaga oleh syarikat insurans. Ini bermaksud, pesakit tidak perlu membayar perbelanjaan hospital mereka terlebih dahulu dan AIA akan menanggung perbelanjaan yang sepatutnya dan membuat pembayaran terus ke hospital.


Selalu nya client tidak perlu membayar wang, selain dari apa yang tertera di policy mereka. Sebagai contoh, Deductibles ataupun Co-insurance. Perubahan yang berlaku dari sebelum nya, iaitu secara ‘Pay & Claim’, yang memerlukan client untuk membayar bil-bil hospital terlebih dahulu dan file claim balik kepada AIA.


Berkuat kuasa pada 13 September 2021 sehingga hujung tahun 2021, 31 Disember. Tetapi semua kena ingat, AIA hanya akan meluluskan ‘GL’ ini mengikut tahap penyakit Covid-19 Category 3 dan ke atas.


Dan juga pada nasihat doctor terhadap pesakit covid-19. Bermaksud, jika perlukan rawatan di hospital sahaja akan AIA terima claim ini. Kalau tak ada symptoms, dan hanya result positive covid, quarantine dekat rumah sahaja ye kawan-kawan semua.


Itu sahaja daripada saya. Kalau perlukan info dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.





10 views0 comments
bottom of page