8 Perkara yang SEMUA insurance company tak COVER dalam Medical card!!
Macam korang semua tahu, medical card ni adalah untuk menyenangkan korang masuk ke hospital Swasta. Tapi medical card tidak akan cover sepenuh nya. Dan juga bukan semua penyakit insurance company akan cover.
Ramai sangat dah saya jumpa yang ingat medical card ni akan cover 100%, tidak betul. Walaupun dah bayar setiap bulan, kita masih perlu sediakan duit ye! Sekarang saya nak jelaskan tentang 8 perkara yang AIA dan semua insurance company tak boleh cover.
1. DEPOSIT upon admission.

Deposit adalah satu bayaran antara kita dengan hospital swasta. Nilai deposit berbeza di antara satu hospital dengan hospital yang lain. Tidak kira medical card personal atau company punya, bila kita masuk ke hospital, selalu nya hospital akan minta patient/client untuk membuat deposit. Walaupun insurance company sudah mengeluarkan Guarantee Letter (GL). Dalam pengalaman saya, lebih baik membayar mengunakan CASH, dari Debit/Credit card. Sebab apabila discharge, hospital akan refund semula dalam CASH juga. Kalau gunakan debit/credit card, proses refund akan ambil masa sedikit. Faham-faham je lah ye. Ada proses dia.
2. DEDUCTIBLES.

Kebanyakkan pakej medical card baru akan ada Deductible. Mungkin korang tahu, mungkin tak tahu. Deductible ini adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Selalu nya hospital akan tolok dari Deposit yang dibayar.
Contoh:
Final bill- RM 50,000 Deductible- RM 300 Deposit- RM 200 Jumlah yang company bayar- RM 49,700 Kita kena bayar bila discharge: RM 100
Sebab hospital akan absorb duit deposit kita sebagai sebahagian deductible. Selalunya pelan medical card yang murah-murah ada deductible. Nama pun murah kan? Jadi, tak la cover bil 100%
Ada yang kenakan deductible setiap kali admission. Ada yang kenakan deductible hanya sekali dalam setahun. Apa-apa pun hampa kena semak dengan agent masing-masing.
3. Co-Insurance / Co-Takaful.

Beza dari Deductible adalah, deductible adalah fix amount (seperti RM 300 shj), tetapi Co-insurance ini adalah kepada percentage (%) dari final bill.
Contoh: Co-insurance 10% dari jumlah final bill, maksimum RM 3,000.
Kalau final bill RM 100,000 pon, kita bayar kos co-insurance RM 3,000 jugak. Sebab ada cap amount. Kalau final bill RM 2,000, kita bayar 10% je daripada jumlah itu, maksud nya kita bayar RM 200 je. Jadi kena tengok policy yang korang beli.
4. Diagnostic tool.

Ramai yang salah faham, banyak nak guna medical card sebagai platform untuk check mereka sakit apa. Kita tidak boleh sesekali minta doktor untuk buat x-ray, CT scan atau MRI. Ada sesetengah kes, doktor suruh kita bayar dulu kos x-ray, CT scan & MRI. Sebab? Sebelum doktor nak admitkan kita, dia perlu request GL pada insurance company kita. Dalam report tu doctor perlu attached supporting document such as x-ray, CT scan dan lain-lain.
Jika lepas x-ray tak ada penyakit tu, then kita perlu tanggung kos tu. If lepas x-ray ada penyakit, then kos x-ray tu masuk dalam GL. Jadi, untuk kes macam ni, sediakan spare cash atau kad kredit bagi situasi yang tidak dijangka. Lain hospital lain prosesnya. Tapi situasi ni boleh terjadi. Jangan ingat medical card ni tak ada additional cost ya.
5. Pre-admission test tak cover.

Zaman covid ni kalau nak admit kena buat RTK/PCR bagai sebelum admission. So, kos PCR/RTK ni kita kena tanggung sendiri. Ada hospital mintak bayar cash & ada yang charge dalam final bil kena bayar masa discharge nanti. Dikira dalam ‘Sur-plus’ yang insurance tak cover.
6. Perbezaan harga bilik.

Kalau package yang korang ambil Room & Board (harga bilik) adalah RM 200/sehari. AIA akan bayar ikut plan itu sahaja. Tapi kadang-kadang hospital tidak ada bilik yang harga RM 200 dan kebawah, ataupun bilik tu semua dah full, Cuma ada RM 250 ke atas sahaja. Jadi cost RM 50 extra tu, client perlu tanggung. Hospital swasta akan masukkan kos perbezaan / upgrade bilik ni dalam final GL nanti. So bila dah boleh dischage nanti kena bayar lebih Sur-plus bilik ni lah ye.
7. Miscellaneous item.

Apa benda miscellaneous ni? Contoh item misc ni adalah laundry, admission atau management fees, medical report, underwriting excess, ID band dan lain- lain. Semasa Covid-19 ni baju pakai buang pun hospital charge tau! Jadi, semua kos itu akan masuk dalam final bil nanti. Kalau kita perlu beli wheelchair, medical card tak cover. Kalau kita perlu beli tongkat lepas patah kaki, medical card tak cover.
8. Co-Payment bila upgrade bilik

Maksudnya kat sini, kalau korang upgrade bilik dari 150 (quad sharing room) ke 250 (single), korang kena bayar (Penalti) sebanyak 10% dari final bil. Dah macam kena Co-insurance. So kalau medical card korang ada co- payment ni, jangan la upgrade bilik. Duduk je bilik yang sama. Jika tidak, tak pasal pasal kena bayar 10% dari final bil. Ada sesetengah company letak 10% co- payment, minimum kena bayar RM300 atau maksimum RM1,500, take note ya. Tapi dengan AIA tidak ada Co-Payment ni dah. Just bayar the difference kalau upgrade bilik macam saya kata nombor 6 (Perbezaan harga bilik) tadi. Tapi inilah reality yang kita perlu hadapi dan kena rancang apabila nak sign up medical card plan.
Kesimpulannya adalah walaupun bayar bulan-bulan tetap kena keluar duit lebih. 8 perkara inilah yang menyebabkan saya tidak berapa setuju dengan promosi “medical card murah” oleh sesetengah agent insurance atau takaful dekat social media. Bila kita cari yang murah ni, tidak semua cover and end up kita rasa medical card ini “scam” lah, “agent tipu” lah dan akan membebankan KORANG jugak! Sebenarnya, daripada 8 perkara yang saya kongsi ini bukan semua terpakai di semua syarikat insurans/takaful ya. Sebab itu penting untuk kita semak dan faham plan yang kita ambil.